BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Upacara penurunan bendera besar ini menandakan berakhirnya pengibaran bendera bagi semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-64 Tahun.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Majlis Khatam Al-Quran ini adalah salah satu acara perayaan peringkat kebangsaan Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-64 Tahun yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-64 Tahun dikendalikan bersama oleh Majlis Perundingan Mukim Kianggeh dan Majlis Perundingan Mukim Kota Batu dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Julai – Lawatan kerja ini adalah siri lawatan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut peranan dan urusan-urusan kerja yang dikendalikan oleh Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja dalam membantu agensi tersebut mencapai matlamatnya.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Majlis Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Brunei dan Muara sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-64 telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Pasukan Bolasepak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) muncul juara di Kejohanan Bolasepak bagi merebut Piala Keputeraan Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Yang Ke-64 Tahun dengan menumpaskan pasukan Kementerian Pembangunan dengan jaringan 2 – 1.