Lesen Penerbitan Majalah dan Suratkhabar
- Tertakluk di bawah kawalan Akta Suratkhabar (Penggal 105).
- Bertujuan untuk mengawal percetakan, penerbitan, pengeluaran dan
penjualan suratkhabar di Negara ini.
- Semua Suratkhabar-Suratkhabar Tempatan hendaklah mendaftar kepada
pendaftar Suratkhabar iaitu Setiausaha Tetap Kementnerian Hal Ehwal
Dalam Negeri dan semua suratkhabar tempatan dan luar negeri hendaklah
terlebih dahulu mendapatlan permit daripada Menteri Hal Ehwal Dalam
Negeri.
Tatacara Memohon
- Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan
Awam dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, atau
muat turun
borang permohonan disini.
- Maklumat-maklumat mengenai pemohon, sidang redaksi, pengarang,
pengurus dan lain-lain hendaklah dilengkapkan.
- Borang Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap dam menghadapkan
borang permohonan secara terus ke kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan
Awan dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidak kurang
tiga (3) bulan sebelum tarikh penerbitan itu hendak dimulakan.
- Contoh atau ’dummy’ majalah/ Suratkhabar yang hendak diterbitkan
hendaklah disertakan dalam tiga (3) salinan.
- Menjelaskan bayaran wang cagaran (deposit) bagi penerbitan
suratkhabar tempatan sejumlah B$100,00.00 secara tunai dan majalah
tempatan sejumlah B$20,000.00 secara tunai.
Bayaran Permit
Setiap permohonan untuk mendapatkan permit, sama ada untuk
menerbit dan mencetak suratkhabar tempatan atau mendatangkan buku/majalah
dari luar negeri hendaklah terlebih dahulu membuat bayaran permit.
Bayaran Permit bagi suratkhabar tempatan sejumlah B$5,000.00 bagi setahun
dan bagi majalah/buku dari luar negeri adalah mengikut jumlah/kuantiti ianya
dimasukkan ke dalam Negara ini seperti berikut:-
| Jumlah/Kuantiti |
Bayaran Permit |
| Kurang daripada 200 naskah |
B$50.00 |
| 200 hingga 500 naskah |
B$200.00 |
| 501 hingga 1,000 naskah |
B$500.00 |
| 1,001 hingga 4,000 naskah |
B$1,000.00 |
| Lebih daripada 4,000 naskah |
B$15,000.00 |
Bayaran wang cagaran (deposit) bagi penerbitan dan penjualan majalah
tempatan adalah sebanyak B$20,000.00 dan bagi Suratkhabar Tempatan adalah
sebanyak B$100,000.00 secara tunai.
Muat turun
Borang Permohonan Mendapatkan Kebenaran Menerbitkan Majalah dan Suratkhabar.