12/06/2010

Perkhidmatan: Permohonan Mendapatkan Kebenaran Menggunakan Logo/Lambang

Kawalan Logo/Lambang

  • Pengunaan Logo dan Lambang adalah di bawah Akta Lambang-lambang dan Nama-nama (Pencegahan Penggunaan Yang Salah), 1967.
  • Semua permohonan diproses dengan kerjasama Peguam Negara, Pesuruhjaya Polis dan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara.
  • Kuasa untuk memberikan kebenaran bagi penggunaan Logo/Lambang adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di bawah Akta Penggunaan Nama-Nama/Lambang-Lambang (Pencegahan Penggunaan Yang Salah) 1967.

Tatacara Memohon

  1. Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awam dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, atau muat turun borang permohonan disini.
  2. Borang Permohonan hendaklah diisikan dengan lengkap dam menghadapkan borang permohonan secara terus ke kaunter Bahagian Pengawalan Hiburan Awan dan Penerbitan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidak kurang tiga (3) bulan sebelum cadangan tarikh menggunakan logo.

Dokumen-Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan/Syarikat/Pertubuhan
  3. Contoh Logo/Lambang dalam 4 salinan asal berserta tafsiran
  4. i) Surat mengenai penggunaan tulisan JAWI daripada Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka
    ii) Surat Pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sama ada logo tersebut betul dan teratur.

Muat turun Borang Permohonan Mendapatkan Kebenaran Menggunakan Logo/Lambang.