Kawalan Pengutipan Derma, Tajaan dan Iklan
- Pengutipan derma yang melibatkan kewangan, benda, iklan dan tajaan adalah dikawal oleh Akta Pangawalan Pengutipan Derma 1953 (Penggal 91).
- Kuasa membenarkan adalah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menurut Akta Pengawalan Pengutipan Derma 1953.
- Kutipan Derma secara langsung pada lazimnya tidak dibenarkan kecuali dalam kes-kes tertentu.
- Kutipan mestilah secara sukarela.
- Kutipan mestilan menggunakan Resit Rasmi yang menyatakan nama penderma/penaja, jumlah derma dan tandatangan penderma/penaja.
- Kebenaran pengutipan adalah untuk satu (1) bulan sahaja.
- Bilangan pengutip derma dihadkan kepada tiga (3) orang sahaja.
- Satu salinan Kunci Kira-kira mestilah dihadapkan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
- Kutipan tidak boleh bertentangan dengan Peraturan dan Undang-undang Negara.
- Kutipan hanya dibolehkan mengikut kawasan daerah terbabit sahaja.