12/06/2010

Perancangan Strategik: Kerangka Perancangan Strategik

Kerangka Perancangan Strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diketengahkan di bawah ini adalah hasil dari pengintegrasian visi dan misi Kementerian dengan beberapa elemen penting seperti matlamat-matlamat Kementerian khususnya dari perspektif kewangan, prosedur dan pihak yang berkepentingan serta nilai-nilai utama Kementerian.

 

Kerangka Perancangan Strategik Jangka Panjang

Kerangka ini akan dijadikan sebagai model bagi mengenal pasti elemen-elemen umum yang terdapat pada matlamat-matlamat strategik masa kini Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi merangka tema yang bersesuaian untuk matlamat-matlamat strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bagi tempoh dua dekad mendatang selaras dengan visi dan misinya.

Tema-tema matlamat strategik jangka panjang tersebut seterusnya akan dijadikan sebagai asas bagi menyelaras dan mensejajarkan matlamat-matlamat strategik masa kini Kementerian dan Jabatan-Jabatan di bawahnya dalam usaha menentukan hala tuju Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bagi tempoh dua dekad mendatang.

 

Matlamat-Matlamat Strategik Masa Kini

  1. Memantapkan Kesejahteraan Dan Kualiti Kehidupan Rakyat Dan Penduduk;
  2. Memantapkan Perpaduan Dan Kerjasama Di Kalangan Masyarakat;
  3. Memperkasa Jati Diri Bangsa;
  4. Memastikan Keupayaan Dan Keberkesanan Sumber Tenaga Manusia Dan Penggunaannya Secara Optima;
  5. Memastikan Peningkatan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan;
  6. Penggunaan Aset Secara Berkesan Serta Penambahan Hasil Dan Pendapatan;
  7. Memastikan Keberkesanan Penguatkuasaan Undang-Undang;
  8. Penyusunan Semula Struktur Organisasi.

Tugas-tugas strategik Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:-

  1. Meningkatkan Perkhidmatan Kepada Masyarakat
  2. Memantapkan Perpaduan Dan Kesejahteraan
  3. Memelihara Keselamatan Masyarakat
  4. Penyediaan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam
  5. Meningkatkan Keupayaan Sumber Tenaga Masnusia
  6. Memangkin Perkembangan Ekonomi