Tugas-tugas Bahagian Kuasa-kuasa Tempatan dan Perpaduan Masyarakat adalah seperti berikut:
Hal Ehwal Daerah-Daerah
- Mengurus hal ehwal Jabatan-Jabatan Daerah termasuk cadangan Perbaharuan Perkhidmatan.
- Perlantikan dan hal ehwal Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan Ketua Rumah Panjang.
- Urusetia kepada Lembaga Pengelola Majlis Perundingan Mukim dan Perundingan Kampung.
- Urusetia kepada Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Perlantikan ahli-ahli Lembaga Melesen.
- Lantikan Pendaftar Perkahwinan Orang-Orang Cina.
Hal Ehwal Perbandaran
- Mengurus hal ehwal Jabatan-Jabatan Bandaran termasuk cadangan pembaharuan perkhidmatan.
- Menyelaras dan memantau perluasan kawasan perbandaran Bandar Seri Begawan, Kuala Belait dan Seria dan Tutong.
- Memproses perlantikan ahli-ahli Lembaga Bandaran.
- Pemantauan terhadap mesyuarat-mesyuarat Lembaga-Lembaga Bandaran.