12/06/2010

Pelantikan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 7 Oktober – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah bagi perlantikan Yang Mulia Awang Haji Mawardi bin Haji Abdullah, Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) menjadi Setiausaha Tetap, KHEDN.

Tarikh perlantikan pegawai tersebut berkuatkuasa mulai hari Khamis, 18hb Syawal, 1430 bersamaan 8hb Oktober, 2009.