
Yang Mulia Awang Haji Mohd. 'Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd. Salam
dilantik menjadi Setiausaha Tetap KHEDN.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 15 Oktober – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perintah supaya Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Mohd. ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abd. Salam dilantik menjadi Setiausaha Tetap KHEDN. Pelantikan pegawai tersebut berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 26 Syawal 1430 bersamaan 16 Oktober 2009.