Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Terima Kunjungan Muhibah Delegasi LEMHANNAS


PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Haji Ibrahim semasa menerima kunjungan hormat Major-General TNI Suroyo Gino, Pembantu Kanan Gabenor LEMHANNAS Republik Indonesia di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri


ROMBONGAN Major General TNI Suroya Gino, S.IP mendengar taklimat semasa mengadakan kunjungan ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 13 Oktober – Serombongan 24 delegasi dari Institut Ketahanan Kebangsaan Indonesia (Indonesian National Resilience Institute - LEMHANNAS) mengadakan kunjungan muhibah kepada Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Dewa Pahlawan Dato Paduka Awang Haji Dani bin Haji Ibrahim.

Kunjungan delegasi yang diketuai Pembantu Pakar Kanan kepada Gabenor LEMHANNAS, Mejar Jeneral TNI Suroyo Gino berlangsung di bangunan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Bandar Seri Begawan.

Semasa kunjungan tersebut, para delegasi diberikan taklimat mengenai fungsi dan skop pihak berkuasa KHEDN, dasar-dasar dan isu Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC).