12/06/2010

Pertukaran Pegawai-Pegawai Kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 12 Oktober – Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi pertukaran pegawai-pegawai berikut:-

Pengarah Pentadbir dan Kewangan di Kementerian Pembangunan, Awang Haji Mohd. Alimin bin Haji Mohd. Tanjong, ditukar ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri sebagai Pegawai Pentadbir Kanan. Pertukaran pegawai ini berkuatkuasa pada 24 Oktober 2009.

Pegawai Pentadbir Kanan di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Pengiran Haji Mohiddin bin Pengiran Badaruddin, ditukar ke Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dengan jawatan yang sama sebagai Pegawai Pentadbir Kanan. Pertukaran pegawai berkenaan berkuatkuasa pada 22 Julai 2009.