BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DISEMBER - Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menerima kunjungan hormat daripada tiga orang duta-duta besar secara berasingan hari ini iaitu:
- • Tuan Yang Terutama Apichart Phetcharatana, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam
- • Tuan Yang Terutama Bernd Max Morast, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republic Persekutuan Jerman Ke Negara Brunei Darussalam dan
- • Tuan Yang Terutama Chhay Sokhan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja Ke Negara Brunei Darussalam
Hadir sama ialah Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Setiausaha Tetap-Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Kunjungan hormat ini menandakan persefahaman dan kerjasama yang erat di antara kedua-dua buah negara dan merupakan satu peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.